Skip to main content

Trend Pasaran

Adik Bercinta Dengan Qistina Raisah, Ini Pesanan Mira Kuku - “Budak 2 Orang Itu, Spender Pun Mak Bapa Belikan”

astrogempak_qistina_afiq_mira.png

Pempengaruh media sosial, Mira Rosli atau lebih dikenali sebagai Mira Kuku memberi pendapat mengenai hubungan cinta adiknya iaitu Afiq Rosli dengan pelakon Qistina Raisah.

Teguran buat adik

Menerusi potongan klip dari siaran langsung TikTok, Mira dengan nada berseloroh mengatakan dia tidak akan mendapat adik ipar dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Qistina Raisah Menangis Bukan Sebab Bunga, Kongsi Momen Disebalik Tangisan - “Ini Bukan Fasal Duit Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: “13 Bekas Kekasih, Tapi Baru Kali Ini...” – Qistina Raisah Sebak Pertama Kali Terima Kejutan Bunga!

Advertisement

Malah, Mira turut menganggap adik lelakinya itu masih terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga dan pemikirannya juga belum cukup matang.

 

“Bakal kakak ipar Qistina? Budak dua orang itu, seluar dalam pun ibu bapa yang belikan lagi. Afiq dia tu hidup dalam dunia khayalan.

 

“Kalau boleh tahun ini dia nak kahwin,” kata Mira secara berseloroh.

 

Mira berkongsi perkara itu selepas menerima pertanyaan daripada netizen mengenai dirinya bakal menjadi kakak ipar kepada Qistina menerusi siaran langsung di TikTok.

Beri kesedaran

Sementara itu, Mira turut bergurau dengan meminta netizen untuk berterusan memberi kecaman terhadap Afiq agar dapat memberi kesedaran kepada adiknya itu.

 

“Biar dia sedar, sebab dia pun sudah rasa diri dia terkenal,” katanya lagi.

 

Sebelum ini, Qistina dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka bernama Afiq yang juga adik kepada pempengaruh, Mira Kuku.

 

Malah Qistina turut memuat naik video dia menerima kejutan daripada kekasihnya yang datang dari Johor Bahru untuk memujuknya selepas dua minggu bergaduh.

@fl00wer1527 🤣 #mirakuku #mira #fypage #fypシ゚ #fypp ♬ original sound - fl0Ower

Must-Watch Video