Skip to main content

Budaya Popular

“Ada Spesis Bab* Tahu Main, Lepas Sperm & Tanggungjawab Fasal Anak Pun Tak Ambil Tahu” - Isteri Shuk Sahar

astrogempak_isteri_shuk_sahar.png

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkongsi semula video mengenai pempengaruh Aiman Tak Kesah tetap menemani isteri, Siti Jamumall yang sedang hamil ke klinik di Instastory miliknya.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, Fara memuji Aiman yang masih menjalankan tanggungjawabnya dalam mengambil berat terhadap anak dalam kandungan isterinya biarpun mereka kini berdepan masalah rumah tangga.

 

Tidak memetik nama mana-mana individu, Fara bagaimanapun beranggapan ada segelintir lelaki yang culas dalam tanggungjawab melibatkan soal anak.

 

“Sekurang-kurangnya dia tahu tanggungjawab. Bukan main lepas gitu saja. Tak ambil tahu perkembangan anak langsung. Ada la juga baik beriman la juga budak Aiman ini.

 

“Daripada ada spesis bab* tahu main lepas sperm, lepas tanggungjawab fasal anak pun tak ambil tahu langsung,” kata Fara.

 

Sebelum ini, Fara banyak memberi bayangan mengenai masalah rumah tangganya dengan Shuk Sahar menerusi laman sosial.

 

Malah, Fara juga mendakwa Shuk langsung tidak mengambil tahu mengenai kehamilan anak pertama mereka.

Must-Watch Video