Skip to main content

Budaya Popular

Zayn Malik Simpan Hasrat Mahu Jadi Ahli Politik

zayn-befunky-collage.jpg
Penyanyi popular, Zayn Malik tidak menolak untuk melibatkan diri dalam bidang politik suatu hari nanti.

Atas tanda cintanya terhadap Amerika Syarikat sejak berhijrah dari United Kingdom, ia membuatkan dirinya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik.

"Jujurnya saya terkejut ketika mula-mula datang ke Amerika kerana bayangan saya tentang masyarakat negara ini jauh berbeza dengan apa yang ditonjolkan."

"Semua orang yang saya jumpa sangat ramah dan kehidupan di Amerika bukanlah seteruk yang disangkakan."

"Saya mula jatuh cinta dengan negara ini dan mengapa tidak kalau saya terlibat dalam politik suatu hari nanti," katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Zayn Malik bergerak sebagai penyanyi solo selepas meninggalkan One Direction pada tahun 2015


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Daily Mail

Must-Watch Video

Advertisement