Penyanyi remaja dan bintang program Big Stage, Wani Kayrie berasa gembira kerana dapat membuat persembahan bersama penyanyi dangdut Indonesia yang amat disukainya iaitu Inul Daratista.
Persembahan itu berlangsung di konsert pertandingan Liga Dangdut Asia (Dangdut Academy Asia) musim keempat yang sedang disertai Wani di Indonesia sejak beberapa minggu lalu.
Wani dan Inul telah menyampaikan sebuah lagu berbahasa jawa yang berjudul Bojo Galak.
"Pada mulanya, saya tidak menjangka akan digandingkan bersama Inul, selepas saya mengetahui perkara itu, saya berasa sangat teruja.
"Saya amat mengagumi bakat Inul sejak kecil lagi, tak dapat digambarkan kegembiraan saya dapat berkongsi pentas dengannya.
"Selain itu, reaksi dari penonton ketika konsert tersebut sangat positif, mereka bangun dan turut menyanyi bersama kami.
"Ia membuatkan saya betul-betul 'enjoy' sehingga merasakan persembahan itu seperti konsert saya sendiri," kata Wani ketika dihubungi Gempak.
Wani telah memenangi tempat keempat dalam program Big Stage yang turut menampilkan Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan Dan Baby Shima sebagai finalis di konsert akhir.