Penyanyi Wany Hasrita seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada terlibat dalam dunia lakonan.
"Lakonan bukan minat saya dan kalau saya nak buat sesuatu, saya lebih suka buat sebab saya minat. Apa yang penting kita tahu susun kerjaya untuk orang lebih mengetahui tentang perkembangan kita," katanya.
Pelantun lagu Menahan Rindu berusia 26 tahun itu juga mengakui lakonan bukanlah jiwanya selain mahu fokus kepada karier muzik.
"Saya sedar kemampuan saya dan kalau boleh saya mahu fokus kepada nyanyian sahaja. Bagi saya tidak bermakna kita fokus pada satu bidang sahaja, populariti kita tidak akan naik," katanya lagi.
Tambah Wany, walaupun dia pernah cuba untuk berlakon dalam telefilem Tergantung Rindu bersama Haqiem Rusli dan Tajul tetapi dia tidak pernah merancang untuk terlibat secara serius.
Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Sinar Online