Skip to main content

Budaya Popular

"Waktu Saya Sakit, Ramai Yang Telah..." - Seminggu Di Hospital, Wan Maimunah Terharu & Sebak

wmbefunky-collage.jpg
Pelakon Wan Maimunah atau mesra disapa sebagai Ibu mengakui terharu kerana telah dikunjungi oleh pelbagai pihak sejak ditahan di Hospital Alor Gajah seminggu yang lalu akibat menghidap jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut pelakon berbakat ini, dia sering dikunjungi oleh rakan-rakan dan peminatnya dari pelbagai negeri.

"Saya berasa amat terharu dan sebak memikirkan mereka yang datang melawat, ramai rakan-rakan, saudara mara dan peminat yang datang menziarahi.

"Walaupun ada di antara mereka yang tidak dikenali, tetapi saya rasa sangat dihargai.

"Selain itu, semua staf hospital juga turut memberi layanan yang sangat baik, saya amat terhutang budi dengan mereka," katanya ketika ditemui di Hospital Alor Gajah semalam.

Pelakon yang terkenal menerusi lakonan watak sedih ini telah beransur pulih dan dijangka akan dikeluarkan dari wad hospital tersebut pada hari ini.
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement