Pelakon Azhan Rani akui pernah menerima ugutan bunuh daripada netizen gara-gara lakonannya sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur 2.
Namun begitu, Azhan tidak menganggap ugutan itu berbahaya kerana ia membawa bermaksud watak yang dijayakan berkesan.
"Gara-gara menjayakan watak yang sama dalam Nur 2 saya pernah menerima ugutan bunuh daripada netizen.
"Namun saya tidak merasakan ugutan itu berbahaya kerana ditujukan kepada karakter berkenaan.
"Apabila Ustaz Hamadi dibenci hingga pada tahap sebegitu, saya bersyukur lakonan itu berkesan dan diterima penonton," katanya kepada Gempak.
Azhan ditemui ketika sidang media Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima 2019 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
Tambah pelakon filem Kalla: Hidup atau Mati ini, ramai pelakon lain takut untuk membawa watak Ustaz Hamadi.
"Saya memang pilihan pertama pengarah tetapi kalau diberikan kepada orang lain, ramai yang akan fikir dua tiga kali ataupun menolak tawaran itu selepas membaca skrip.
"Saya tahu watak ini akan menerima tamparan yang hebat pada awal lagi.
"Walaupun hanya watak 'cliche' iaitu watak jahat yang makan rasuah, dera isteri tetapi apa yang membezakan ialah ia daripada golongan yang sukar disentuh iaitu maksum," katanya lagi.