Pelakon Betty Rahmad meluahkan rasa gementar menanti saat untuk melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinan dengan suaminya, Ardy Damis.
Namun begitu, Betty mengakui dia sudah bersedia serta tidak sabar untuk menghadapi proses bersalin buat pertama kali.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram Betty dengan memuat naik sekeping foto memegang 'baby bump' di hadapan cermin beserta kapsyen.
"Tick tock tick tock. Taktau nak rasa apa tapi im ready tapi nervous tapi tak sabar tapi excited," tulis Betty.
Rata-rata pengikut Betty menghujani ruangan komen dengan berkongsi rasa teruja menanti kehadiran bayi itu serta mendoakan agar dipermudahkan urusannya.
Terdahulu, Betty dan Ardy bernikah di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari 2018.
Dalam satu majlis istimewa sebelum ini Betty mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki.