Skip to main content

Budaya Popular

"Siapa Fav Heroin Aku? Ni Dia" - Remy Ishak Kongsi Pasangan Pelakon Kegemaran

01.jpg
Remy Ishak bukan sebarang jenama dalam dunia lakonan. Malah dia menjadi antara pilihan pengarah tempatan untuk melakonkan watak hero di dalam filem dan juga drama.

Bukan itu sahaja, Remy juga mempunyai jenama wangian sendiri serta sebuah buku biodatanya, Sedekad, yang bakal dilancarkan 11 April ini.

Dalam satu entri di Instagram, Remy berkongsi dengan peminat tentang siapa aktres yang menjadi pilihan beliau.

"Siapa fav heroin aku? Ni dia," tulis Remy pada satu entri bergambar dia dan Nadiya Nisaa di Instagramnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa fav heroin aku? Ni dia.

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on


Ramai peminat yang memuji pilihan Remy dan mengakui Nadiya mempunyai bakat yang luar biasa.

"Nadiya Nisaa ni berlakon bukan setakad jasad je. Jiwa raga, emosi, fizikal dia semua seiring. Semuanya berlakon sekali," antara yang ditulis oleh @zazahirah_arif.

"Melrose, XoXo, Destinasi Cinta Sara etc etc. Yes, pilihan fav heroin yang tepat," puji @el_fatehx5.

"Terus teringat kat Cun dan XoXo. Salah seorang pelakon wanita hebat di Malaysia," komen @zaida19686.

Ramai peminat juga masih mengingati lakonan mereka berdua dalam filem Cun! pada satu ketika dulu.

Kredit Gambar: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement