Skip to main content

Budaya Popular

Sedondon Biru, Majlis Akikah Anak Nubhan Ahamad Meriah

befunky-collage_164.jpg
Majlis akikah dan berendoi anak kedua penyanyi Nubhan Ahamad iaitu Ahmad Aaffan atau lebih mesra dipanggil Cik Mad diadakan dengan meriah semalam (6 Februari).

Berlangsung di Negeri Sembilan, majlis akikah dan berendoi itu dimeriahkan lagi dengan hiasan pelamin untuk bayi yang diraikan.

Nubhan dan isteri, Dr Afifah Tawfek serta anaknya sedondon manis memakai baju bertema biru.

Menerusi foto dan video yang dikongsikan dengan hashtag #aqiqahcikmad, majlis itu dihadiri oleh ramai tetamu.

Pasangan ini menerima kehadiran permata itu pada 19 Januari lalu.

Jom kita layan foto sepanjang majlis itu berlangsung:

Advertisement

Must-Watch Video