Pelakon Saharul Ridzwan, 29, baru sahaja muncul sebagai seorang penyanyi rap dalam single Buku Putih hasil ciptaan Ajai.
Menurut Saharul, dia menyedari tidak berbakat dalam bidang nyanyian namun dia telah lakukan yang terbaik mengikut tahap kebolehannya.
"Saya sedar saya tidak berbakat untuk menyanyi, memang boleh guna teknik auto tune untuk membuatkan suara saya kedengaran lebih baik, tapi saya memilih untuk tidak berbuat demikian.
"Saya taknak menipu peminat dengan teknik tersebut jadi biarlah saya menyanyikan bahagian rap sahaja dalam lagu tersebut.
"Saya telah lakukan yang terbaik mengikut kemampuan saya, saya berharap agar single ini mendapat penerimaan yang baik di kalangan peminat," ujarnya.
Saharul berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Selafaz Cinta bertempat di Petaling Jaya petang semalam.
Selain Saharul, drama Selafaz Cinta ini turut menampilkan pelakon terkenal lain seperti Syatilla Melvin, Sharifah Sakinah, Puteri Aishah, Riz Amin dan ramai lagi.
Ia akan mula disiarkan pada 27 November setiap Isnin hingga Jumaat jam enam petang di saluran Astro Prima dan Maya HD.