Penyanyi Ayu Damit bersyukur rezekinya dalam bidang hiburan masih berterusan biarpun sudah lama tidak muncul dengan sebarang produk baru.
Menurut Ayu, dia terharu kerana masih ada pihak yang mempercayai bakatnya dalam dalam bidang nyanyian.
"Alhamdulillah, tawaran persembahan dan nyanyian itu sentiasa ada, tak pernah putus biarpun tanpa sebarang single baru. Saya kuat bekerja demi anak-anak.
"Selain itu, saya dan suami juga terlibat dalam perniagaan cili. Sejujurnya, saya sedar diri. Walaupun saya tak cantik, tetapi saya masih diterima dalam bidang seni kerana bakat yang saya pertaruhkan," kata Ayu.
Mengakui pernah menerima kata-kata negatif pihak tidak bertanggungjawab yang mengutuk rupa paras fizikalnya, Ayu berubah ke arah kebaikan.
"Pelbagai kata-kata kurang manis sudah saya dengar dan ia melibatkan penampilan fizikal. Saya tak tertekan apabila orang mempertikaikan perkara terbabit.
"Apa yang saya boleh lakukan, saya cari jalan untuk mengubah penampilan. Dengan penampilan dan imej yang baik beserta bakat, Insya-Allah saya boleh bertahan dalam industri seni," katanya lagi.

Ayu ditemui di pertandingan akhir Look of Plus Size 2019 (LOPS 2019) yang diadakan di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur baru-baru ini.
LOPS 2019 yang digerakkan oleh tujuh rakan baik di bawah Xtravaganza Management diadakan untuk memperkasakan wanita yang bersaiz 'plus size' dalam menonjolkan bakat dan keyakinan diri.
"Saya teruja dengan LOPS 2019 dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. Bagi saya, semua orang ada kecantikan tersendiri, terpulang bagaimana mereka mahu menonjolkannya.
"Apa yang penting, mereka yang bertubuh plus size harus mempunyai sifat yakin diri dan jangan biarkan orang lain memandang rendah keadaan fizikal mereka. Masing-masing ada kelebihan diri," kata Ayu lagi.