Aktor berbakat, Rashidi Ishak sering menerima kiriman mesej peribadi (DM) di akaun media sosialnya.
Menurut Rashidi, dia selalu mencuba untuk membalas setiap mesej yang dikirim oleh peminatnya demi untuk menjaga hati mereka.
"Saya selalu menerima DM dari peminat di media sosial, kebiasaannya saya akan cuba membalas mesej setiap orang untuk menjaga hati mereka.
"Kebanyakkan dari mereka akan menghantar mesej positif dan memberi sokongan kepada saya terutamanya ketika saya menghadapi fasa perpisahan pada tahun lalu.
"Namun begitu, saya tidaklah menerima mesej yang berbentuk godaan, semuanya sekadar bermesra antara peminat dengan artis sahaja," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Rashidi kini tampil dalam filem terbaru lakonannya iaitu Bu yang turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Iedil Putra, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.
Filem ini akan mula menemui penonton di pawagam bermula 11 April ini, jangan lupa untuk saksikannya!