Skip to main content

Budaya Popular

“Saya Akan Cuba Untuk Sembuh” – Hara Semakin Pulih Selepas Diselamatkan Daripada Cubaan Bunuh Diri

hara-makin-sembuh.jpg
Bekas anggota kumpulan K-Pop Kara, Goo Hara semakin pulih selepas diselamatkan daripada cubaan membunuh diri bulan lalu.
 
Hara menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik foto beserta perkembangan terbaru dirinya khas buat tatapan peminat.
 
Menerusi posting tersebut, Hara memberitahu dirinya kini semakin pulih dan berterima kasih atas sokongan dan doa peminat.
 
“Saya semakin pulih… Saya mohon maaf dan terima kasih. Saya akan berusaha lebih keras untuk pulih dan tunjukkan kepada anda sisi saya yang terbaik,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

하라 잘 지내고있어요 ? #HARA#ハラ

A post shared by 구하라 (@koohara__) on

 
Melihat perkembangan Hara itu, rata-rata peminatnya berasa gembira dan memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi kesayangan mereka itu.
 
Terdahulu, Hara sebelum ini mempunyai masalah dengan bekas teman lelaki sehingga memberikan kesan kepadanya sejak tahun lalu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

미안하고 고마워요.. 더 열심히 극복해서 좋은 모습 보여드릴게요#HARA#ハラ

A post shared by 구하라 (@koohara__) on

Hara dan bekas teman lelakinya juga pernah bertengkar dan memukul antara satu sama lain sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan yang agak teruk.
 
Kejadian itu juga menyebabkan Hara mengalami masalah depresi.
 
Sumber: Soompi
 

Advertisement

Must-Watch Video