Skip to main content

Budaya Popular

Sambut Hari Lahir Ke-37, Nora Danish Terkejut & Terharu Dengan Kejutan Diterima

befunky-collage_237.jpg
Pelakon Nora Danish menerima kejutan daripada keluarga tersayang sempena hari lahirnya yang ke-37.

Nora berkongsi momen gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Nora berasa terkejut serta terharu dengan sambutan yang telah dilakukan untuk meraikan hari istimewanya itu.

"They surprised me!!! Thank u mama & sisters for this. I love u guys!!!

"I'm so touched & speechless & shy! Hahaha.

"Love the deco sisters, the food, the cupcakes, cookies.

"Special thanks to @mymumsbakery for the gorgeous cakes!! Yesterday and today! You guys are super creative & talented," tulisnya.

Bertemakan warna merah jambu dan putih, majlis sambutan hari lahir itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran kenalan rapat.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi ucapan terhadap Nora serta mendoakan kesejahteraan buatnya.

Nora dan suami, Nedim Nazri Aziz berkahwin pada 30 Mac 2017.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari 2018.

Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Familia ? so much love for them. #ND37

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

?

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement