Skip to main content

Budaya Popular

Sakit Ku Rasa Tampil Sisi Berbeza Black Hanifah

blacksakitzzz.jpg
Sering tampil dengan lagu yang mencabar keupayaan vokal, penyanyi Black Hanifah kini muncul dengan sesuatu yang berbeza.

Menerusi single terbaru, Sakit Ku Rasa, Black menyahut cabaran untuk tampil dengan kelainan.

"Single terbaru saya baru sahaja menemui peminat di luar sana. Lagu ini dicipta oleh Zul 2By2 dan liriknya pula hasil nukilan saya sendiri. Ini merupakan percubaan pertama saya menulis lirik.

"Menariknya, lagu ini menonjolkan kebolehan saya menyanyi dalam nada rendah. Lagu Sakit Ku Rasa berbeza dengan single dendangan saya sebelum ini yang banyak menguji keupayaan vokal menyanyikan nada tinggi," katanya.

Tambah Black, lagu ini juga berbeza kerana mengangkat tema kesedihan dalam percintaan.

"Sebelum ini saya sering menyanyikan lagu yang memuja wanita, berbentuk kasih sayang dan rasa gembira dalam percintaan. Sakit Ku Rasa pula berbeza subjeknya berkaitan dengan rasa kecewa dan kesedihan.

"Muzik video lagu ini juga sudah disiapkan. Muzik video arahan Dahlia Shazwan ini sangat menarik dan saya berlakon disamping Atikah Suhaime," katanya lagi.

Saksikan muzik video Sakit Ku Rasa secara eksklusif di rancangan HLive di Astro Ria (saluran 104) pada jam 8.30 malam ini dan laman YouTube Thinker Studio bermula 9.00 malam ini.

Black ditemui di majlis tayangan Kingsman 2: The Golden Circle anjuran Gempak Fan di GSC Time Square, baru-baru ini.

Untuk peluang mendapatkan akses eksklusif ke sesi Meet & Greet bersama selebriti terkenal, menonton program Astro secara langsung, diskaun ke atas barangan 'merchandise' dan banyak lagi kelebihan, jangan lupa untuk mendaftar sebagai ahli Gempak Fan di www.gempak.com/gempak-fc sekarang!

Teks oleh: Kamaruddin Razal
 

Must-Watch Video

Advertisement