Skip to main content

Budaya Popular

Saharul Ridzwan Luah Hasrat Mahu Anak Perempuan

saharul-befunky-collage.jpg
Baru-baru ini, melalui laman Twitter miliknya, pelakon Saharul Ridzwan telah meluahkan hasrat untuk mempunyai anak perempuan.

Keinginan Saharul itu dikongsi menerusi ucapan tahniah kepada abang dan kakak iparnya yang baru saja menimang anak perempuan.

Di penghujung ucapan terbabit, dia bertanya kepada diri sendiri bila pula masanya untuk mendapat anak perempuan.

"By the way, Alhamdulillah, saya dapat anak buah baru, baby girl. Tahniah pada abang sendiri dan kakak ipar. Saya bila lagi? Eh," tulis Saharul.

Peminat turut tidak ketinggalan mendoakan semoga keinginan pelakon itu akan termakbul suatu hari nanti.

"@Farahanis: Tahniah. Boleh dah tu slow slow Ali jadi abang pulak."

"@Ninansyahidah: Insya-Allah ada. Amin.

Saharul dan isterinya, Deena Emir telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Luth Ali.

Must-Watch Video

Advertisement