Skip to main content

Budaya Popular

"Remy Ishak Ketepi, Zizan Sekali Apa Barang Doh?" - Caprice 'Try' Mira Filzah Menerusi Lagu Pula!

mircapricebefunky-collage.jpg
Rapper dan usahawan popular, Caprice menghasilkan sebuah lagu yang menggunakan suara pelakon Mira Filzah di bahagian permulaan lagu tersebut.

Seperti diketahui ramai, Mira sebelum ini tular dengan perkataan 'baby sayang' yang pernah diucapkan ketika memberi respon terhadap pertanyaan pengikutnya dalam ruangan Instagram (IG) Live.

Lebih menarik, potongan suara Mira mengucapkan  perkataan itu telah diguna oleh Caprice dalam lagu tersebut.

Lagu itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun IG miliknya berserta foto ketika Mira menerima trofi di Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABBH32) Ahad lalu.

Antara potongan lirik dalam lagu tersebut berbunyi :

"Remy Ishak ketepi, Zizan sekali apa barang doh..."

Sementara itu, Caprice mengatakan dia akan membuat penggambaran muzik video sekiranya entri tersebut mendapat tontonan mencecah 200,000.

"K lah, 200k views dan kami akan buat penggambaran muzik video menampilkan Kidd Santhe dan MK," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Caprice meninggalkan respon dengan mengusik tentang 'percubaan' terhadap Bintang Paling Popular ABPBH32 itu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

K lah, 200k views and we will shoot the music video feat kidd santhe and MK ???

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on


Setakat ini, jumlah tontonan entri tersebut telah pun mencecah 200,000, adakah benar Caprice akan tampil dengan muzik video seperti yang dikatakan? Sama-sama kita nantikan!

Advertisement

Must-Watch Video