Minggu lalu Nur Risteena dan keluarga terlibat dengan kemalangan jalan raya sebaik sahaja pulang menyambut ulang tahun kelahiran ayahnya. Dalam kemalangan tersebut, ibunya Che Bunga Salleh patah pergelangan tangan dan terpaksa menjalani pembedahan.
Baca: "Hentakan Terlalu Kuat & Kereta Diseret Ke Jalan Sebelah Kiri..." - Risteena Kongsi Detik Cemas Ketika Kemalangan
Pada satu entri di Instagramnya tiga hari lalu, Risteena turut berkongsi berita tentang pembedahan tangan ibunya yang patah dan memohon doa daripada semua.
Kelmarin Risteena turut berkongsi video ibunya yang sudah menjalani pembedahan tangan dan sekarang di dalam proses untuk sembuh.
"Mama, baby doakan Mama cepat sembuh, panjang umur, diberi kesihatan yang baik, hilang segala kesakitan, dijauhkan dari perkara yang tidak diingini, dijauhkan dari sifat dengki manusia, dirahmati Allah swt, tabah hadapi ujian Allah dan dipermudahkan segala urusan," doa Risteena.
Dia juga menyatakan rasa beruntung kerana berpeluang untuk menjaga ibunya ketika sakit, seperti mana ibu menjaganya ketika kecil.
"Rasa beruntung sangat dapat jaga Mama masa Mama sakit ni. Dapat peluang jaga Mama, sepertimana Mama jaga baby masa kecik.
"Kami semua sayang Mama. Jom kita balik rumah cepat kay? Banyak plan for food hunting and jalan-jalan and vacation. Yeay!" tulisnya lagi.
Kami di Gempak doakan semoga ibu Risteena kembali sembuh seperti sediakala.