Penyanyi terkenal Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 45, menjelaskan dirinya kini sedang sibuk membuat persediaan untuk melancarkan jenama pakaiannya yang bakal berada di pasaran pada hujung tahun ini.
Menurut Nora, dia masih aktif menghadiri pelbagai jemputan korporat untuk membuat persembahan dan pada masa yang sama, dia mampu membahagikan masa untuk membuat persiapan perniagaan.
"Walaupun jadual menyanyi agak sibuk, namun saya bersyukur kerana dapat membahagikan masa dengan baik untuk melakukan pelbagai kerja termasuklah persiapan untuk jenama pakaian saya yang akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.
"Saya namakan jenama itu sebagai House Of Nora, setakat ini saya hanya edarkan kepada rakan-rakan terdekat sahaja.
"Setelah melakukan 'research', Insya-Allah perniagaan fesyen ini mempunyai potensi yang baik," ujarnya.
Nora ditemui di majlis pelancaran siri jelajah Jimba Fest Tour anjuran Warner Music Malaysia (WMM) dengan kerjasama Digi bertempat di pejabat urusan WMM, Petaling Jaya sebentar tadi.
Selain Nora, Jimba Fest Tour yang akan berlangsung di enam lokasi terpilih turut menampilkan Datin Alyah, Awi Rafael, Aizat Amdan, Aziz Harun dan ramai lagi.