Berita kematian Youtuber popular, Grandpa Kitchen ternyata mengejutkan pengikutnya diseluruh dunia.
Grandpa Kitchen atau nama sebenarnya Narayana Reddy, 73, sangat dikenali dengan gelagatnya memasak hidangan dalam kuantiti yang banyak untuk diagihkan kepada golongan memerlukan termasuklah anak yatim.
Difahamkan, Narayan meninggal dunia pada 27 Oktober lalu dan berita kematiannya mula tular di media sosial sejak semalam.
Kini gelagatnya memasak sambil tersenyum dengan aksi spontan tidak lagi dapat disaksikan oleh peminat seluruh dunia.
Perkara itu sekaligus membuatkan netizen tidak dapat menahan sebak.
Menerusi media sosial, rata-ratanya meluahkan kesedihan dan menyifatkan dunia telah kehilangan seorang hero yang disanjungi kerana sifat mulianya.
Terdahulu, Grandpa Kitchen sangat terkenal dengan melakukan kerja-kerja kebajikan bagi membantu golongan susah termasuk memberikan sumbangan peralatan sekolah buat anak-anak kurang berkemampuan.