Pelakon dan pengacara yang kian meningkat naik, Ain Edruce, 27, selamat menjalinkan ikatan pertunangan dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz, 26.
Mula berkenalan dengan Amirul semenjak setahun yang lepas menerusi laman sosial Instagram, majlis indah terbabit diadakan di kediaman keluarga Ain, di Sentul, Kuala Lumpur pada malam tadi.
Menurut laporan BH Online, Ain dan tunangnya bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 13 Disember depan.
Di majlis indah itu, Ain yang terkenal dengan drama Kekasih Paksa Rela anggun menyarungkan busana pertunangan warna pastel rekaan Wanpa.
Menerima sebentuk cincin tanda pertunangan, selain sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.
Kata Ain, tarikh dia dan tunangnya bakal disatukan telah dipilih berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.
Mengikut persetujuan keluarga perempuan dan lelaki, majlis resepsi di sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada 14 Disember, manakala acara menyambut menantu pula seminggu kemudian.
Sumber: BH Online
Foto: Instagram Hurr TV