Skip to main content

Budaya Popular

Kang Gary Bergelar Suami, Sahkan Telah Berkahwin Secara Rahsia

kang-gary-kahwin-secara-rahsia.jpg
Bekas anggota Running Man, Kang Gary mengesahkan dirinya telah selamat melangsungkan perkahwinan hari ini.
 
Perkara tersebut didedahkan sendiri olehnya menerusi akaun Instagram @kang_gary8888 kira-kira pukul 5 petang tadi.
 
Perkahwinan tersebut berlangsung secara rahsia tanpa sebarang majlis.
 
“Saya telah berkahwin dengan wanita yang saya cintai hari ini. Bagaimanapun kami tidak mengadakan sebarang majlis.
 
“Perkahwinan ini berlangsung atas persetujuan kami berdua. Isteri saya bukanlah di kalangan selebriti tetapi dia berjaya memikat hati saya.
 
“Saya akui pengumuman perkahwinan ini agak mengejutkan tetapi  berilah restu kepada kami berdua. Kami janji akan menjalani kehidupan bahagia sebagai suami isteri - Kang Gary,”
tulisnya.
 
Dalam pada itu, ruangan komen Instagram Gary dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat di seluruh dunia.
 
Teks oleh: Mya Amri

Advertisement

Must-Watch Video