Skip to main content

Budaya Popular

"Kadang-Kadang Rasa Tak Adil Dinobat Terbaik Kerana..." - Azhan Rani Ucap Terima Kasih Pada...

01.jpg
Pelakon Azhan Rani sememangnya dikenali dengan orang yang suka berterus terang, tetapi tutur katanya penuh berlapik.

Ucapan beliau ketika memenangi anugerah di DFKL malam Ahad lalu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin dan ada yang turut memberikan 'standing ovation'.

Namun beliau tetap merasakan anugerah tersebut bukan untuk dirinya sendiri tetapi ramai orang yang menjadi tulang belakang kejayaannya.

"Ini kasih sayang yang Allah SWT bagi untuk aku. Mungkin tak sebertuah orang lain tapi aku ada mereka.

"Mereka adalah family #nur. Bukan untuk bermegah-megah tapi sedikit kurniaan Allah malam tadi aku tujukan istimewa buat mereka dibelakang tabir ini," tulis Azhan Rani.

Menurut Azhan Rani, kerja produksi merupakan kerja sepasukan dan tidak adil bila dinobatkan terbaik kerana padanya, menjadi terbaik itu hasil keringat beramai-ramai.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ini kasih sayang yang Allah SWT bagi untuk aku.. mungkin tak sebertuah orang lain tapi aku ada mereka.. mereka adalah family #nur.. bukan untuk bermegah2 tapi sedikit kurniaan Allah malam tadi aku tujukan istimewa buat mereka dibelakang tabir ini.. kerja produksi ni kerja team.. kadang2 rasa tak adil dinobat terbaik kerana jadi baik tu hasil keringat beramai2 .. tu belum tanya editor #nur @hafeezmohdnoor berapa banyak take yang jahanam dia potong siap2 untuk selamatkan acting ko yang ke laut dalam.. dan mereka2 dalam video ini adalah tulang belakang siang malam berhempas pulas untuk seketul piala yang mampu diberi pada seorang saja. family #nur2 ku .. award tu ada di office @radiusone_official .. itu untuk korang semua.. pergilah sana kalau nak tengok.. hahaha gaduh tetap gaduh.. lain kali time nak shooting jangan ajak aku bersembang ❤️❤️❤️ korang ketat2 @budakijat @radiusone_official @dramaradiusone @dramasangat @syafiqkylez @aamyrarosli @khiriah17 @azarazmi @fatimahabukar @jalaludinhassan @therajaatiqullah @jijiezainal @eyra.hazali @makuda_yati @hasrulnizamosman @rienadiana_ @mathnirazak7 @kunamuzani @onechinoiz @remy__maghrib @ucheefukada @eiza681 @ribenashah @imanali71 @atokrejang_73 @bunga.qu @amhus_amiegus @farishanafiadnan @joe_daim @kemaray @didiradzuan @naqi.ahmad @aiskrimikat

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on


"Mereka-mereka dalam video ini adalah tulang belakang siang malam berhempas pulas untuk seketul piala yang mampu diberi pada seorang saja," tulis Azhan lagi.

Tambah Azhan lagi, anugerah yang diterimanya tidak dibawa pulang tetapi diletakkan di pejabat pihak produksi untuk dikongsi dengan semua yang terlibat.

Kredit Gambar: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement