Skip to main content

Budaya Popular

"Jangan Selalu Lindung Dari Masalah" - Kak KM Kongsi Tips Besarkan Anak

kmbefunky-collage.jpg
Usahawan Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM berkongsi tips membesarkan anak.

Kak KM yang juga anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu berkongsi perkara tersebut menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Kak KM, ibu bapa tidak perlu sentiasa melindungi anak dari masalah, sebaliknya perlu membuatkan mereka kuat ketika berhadapan dugaan.

"Jangan selalu lindungi anak dari masalah, tapi kuatkan dia agar boleh menghadapi masalahnya sendiri," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Kak KM turut menulis kata-kata nasihat buat anak sulungnya, Nabila sempena ulang tahun kelahiran yang ke-16.

"Dah besar anak sulung mama, kehidupan ini masanya panjang lagi, banyak perkara akak akan tempuh.

"Mama nak akak jadi seorang yang kuat dalaman, mental, boleh fikir dengan rasional, jangan biar orang pijak kepala kita.

"Mama sayang akak, selamat hari lahir yang ke-16" tulisnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif, ada juga yang tersentuh membaca kata-kata nasihat yang ditulis Kak KM.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jangan selalu lindungi anak dari masalah, Tapi kuatkan dia agar bisa menghadapi masalahnya sendiri. Da besar anak sulong mama @nabilamalu Kehidupan ni masanya panjang lagi Banyak benda akak kene tempuh, kene lalui segala dugaan. mama nak akak jadi seorang yang kuat dalaman, mental, bole fikir dengan rasional. Jangan biar orang pijak kita Akk mesti pertahan kan apa hak akk. Andai satu hari nanti mama dah takde kat dunia ni, akak lah yang kene amik tanggungjawab jaga adik2 ok Mama tau akak anak yang baik, boleh harap . Mama tak pernah putus doa untuk kejayaan anak2 mama... mama sayangggg akak ??? Selamat hari lahir 16 tahun anak... #19122019 #daughter #heartbeat

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official) on


Terdahulu, Kak KM telah meraikan ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Faris Razman yang ke-13.

Kak KM telah menghadiahkan iPhone 8 buat anak terunanya itu.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement