Skip to main content

Budaya Popular

"Jangan Sampai Saya Saman" - Aliff Syukri Nafi Wujud Akaun Instagram Anak Bongsu

alif.jpg
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan wujudnya akaun Instagram bayi bongsunya yang selamat dilahirkan petang semalam.
 
Aliff, 32, mengesahkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
 
"Jangan sampai saya saman. Jangan tertipu dengan gambar dan Instagram palsu.
 
"Saya tidak pernah menyebarkan gambar anak saya dan anak saya tidak pernah mempunyai Instagram langsung. Ini Instagram orang tak baik menipu, itu adalah palsu," tulisnya.
 

Terdahulu, satu akaun Instagram menggunakan nama @anakbongsuterlajaklaris mula menjadi perhatian ramai selepas keluar berita mengenai kelahiran anak kelimanya itu.
 
Akaun tersebut mencecah lebih 15,000 pengikut dalam tempoh beberapa jam.
 
BACA: Buka Akaun Instagram Anak, Isteri Aliff Syukri Selamat Bersalin
 
Bagaimanapun, tidak lama kemudian akaun berkenaan difahamkan sudah dinyahaktif.
 
Terdahulu, isterinya, Datin Seri Nur Shahida selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka pada pukul 5.30 petang di sebuah hospital swasta di ibu kota.
 
Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
 
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat, Ameena.

Must-Watch Video

Advertisement