Skip to main content

Budaya Popular

Ippo Hafiz Teringin Nak Dapat Anak Kembar

ippo_!23df.jpg
Baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan, penyanyi dan komposer Ippo Hafiz tidak mempunyai sebarang perancangan apabila bercakap mengenai soal cahaya mata.

Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz, 30, dan isteri, Fara Roslan atau nama sebenar, Norfarahin Mohd Roslan, 31, sepakat menyerahkan perkara terbabit kepada ketentuan takdir.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SOLEMNIZATION of IPPO HAFIZ & FARA ROSLAN . Venue : @impianabadi8 Makeup : @boscoryzal Hair style : @syukqadir Outfit : @jimmycoutureofficial Henna : @hennabyeren Gubahan hantaran : @duuuri Hand bouquet : @duuuri Officials Photographer : @kakitembak_fotografi & @kakifoto_ Live update: @aqoimran Officials Videographer : @_thex2 Photograher Team 2 : @dlovenproduction Pelamin & decor : @villabusainna Lighting and Soundsystem: @laskarsonas Hanger : @thekynscraft Photobooth : @photoboothmy Welcome board : @floracrush.event Kad Digital : @kadresepsidigital Cucur badan frozen : @rezkita91 Choclate marble cake : @minzain Kuih muih & agar2 : @bettysyaira Kek lumut : @huda_hjkhalid Cupcakes & Strawberry Jelly : @inacantik Kambing Bakar : @baganpinang

A post shared by IPPO HAFIZ (@ippohafiz) on


"Setakat ini kami tiada perancangan. Kami serahkan pada rezeki, jika takdir kami mendapat anak dalam kadar segera, kami menerimanya dengan hati terbuka. 

"Sejujurnya, belum terfikir lagi. Tetapi sudah namanya takdir dan ketentuan, jika rezeki anak sampai, bila-bila sahaja, kami akan bersedia. Insya-Allah. Tapi, kalau boleh, saya mahukan anak kembar," kata Ippo.

Dalam pada itu, mereka juga masih belum memilih destinasi untuk berbulan madu yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini.

"Buat masa ini, saya kembali sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi dan komposer selepas majlis pernikahan dan resepsi selesai. Dalam perancangan, kami mahu berbulan madu pada hujung tahun ini, Insya-Allah.

"Destinasi tujuan belum lagi ditetapkan, tetapi tempat bulan madu saya mahu rahsiakan dari pengetahuan isteri terlebih dahulu. Saya mahu ia menjadi kejutan," kata Ippo lagi.
 

BACA: Dengan Sekali Lafaz, Ippo Hafiz Selamat Bergelar Suami... Tahniah!

Ippo dan Fara selamat bernikah pada 24 Ogos lalu dengan sekali lafaz dan majlis indah telah diadakan di Impian Abadi, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video