Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa geram berdepan dengan pelbagai kerenah pembantu rumah warganegara asing yang pernah berkerja dengan keluarganya sebelum ini.
Terganggu dengan situasi berkenaan, Nourul memberitahu ada antara pembantu rumahnya yang tidak bersyukur dan tidak bertanggungjawab hingga mengabaikan tugas hakiki harian di rumahnya.
"Fikiran terganggu. Mana taknya, maid buat hal! Susah kalau dapat yang tak bersyukur ni, dah bagi betis nak paha.
"Geram sungguh kat maid yang baru kerja dua bulan ni. Cakaplah betul-betul kalau tak suka budak-budak. Kesian Zach dan Raphael.
"Tak apalah, selalunya jadi lagu tu, Allah nak bagi rezeki tu kat orang lain yang lebih berhak dan memerlukan," tulisnya dalam sebuah entri di Instagram.
Lebih mengejutkan kata Nourul apabila ada antara pembantu rumah yang ingin bekerja dengannya meminta gaji setinggi RM3,000 sebulan.
"La ni maid pulak. Hari ni bermula interview. Ada yang gila tau mintak 3K (RM3,000). Awat hang ingat aku nak suruh hang mandikan cuci bontot kami ka sampai nak banyak tu? Haaa ni bangsa asing," tambahnya yang turut memuji sikap segelintir pembantu rumah warga asing yang ikhlas bekerja.
Dalam pada itu, Nourul turut dinasihatkan suaminya, Eric Depp agar tidak berubah sikap hingga melayan pembantu rumah dengan cara yang kasar.
"Kata suami, kita ja jangan berubah. Kita terus ja dengan nilai kita. Toksah kerana macam ni kita berubah jadi monster dera orang yang kerja dengan kita pulak lepas ni. Tak semua orang sama. .
"Kalau kita stay jadi diri kita, Allah akn hantaq orang yang kita layak terima untuk bekerja," tulis Nourul lagi.