Skip to main content

Budaya Popular

"Hodohnya Dulu Now Hensem Nak Meletop" - Netizen Puji Perubahan Muka Luqman Faiz

luqman.jpg

Penyanyi  Luqman Faiz atau nama sebenarnya  Luqman Abdul Halim Faiz, 18 mengimbas kembali zaman sebelum bergelar artis.
 

Luqman menerusi akaun Instagramnya memuat naik dua keping gambar yang membandingkan keadaan wajahnya empat tahun lalu.
 

Advertisement

"Individu yang sama empat tahun lalu. Jangan nilai orang berdasarkan penampilannya, anda tidak akan tahu apa yang tertulis buatnya di masa hadapan.
 

"Saya tak cakap yang kulit saya cantik tapi adalah perubahan sikit," katanya.
 

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mengagumi perubahan kulit wajah Luqman.
 

Malah kebanyakkannya mereka meminta supaya penyanyi yang popular dengan lagu Kepuraanmu itu berkongsi tips dan rutin kecantikkan.
 

Walaubagaimanapun jelas Luqman, dia  tidak menggunakan apa produk untuk mencantikkan kulit kerana ia beruba secara semula jadi.
 

"Mungkin proses akil baligh yang membantu saya dalam situasi ini," katanya.

Must-Watch Video