Skip to main content

Budaya Popular

Hanis Zalikha Pilih Empat Kawan Untuk Cheek-e

haniszalikhacheeke.jpg
Pelakon Hanis Zalikha merupakan antara juri yang telah memilih empat kawan kepada maskot utama Astro Ceria, Cheek-e.

Projek pencarian kawan-kawan Cheek-e itu berakhir apabila juri memilih  empat maskot baharu iaitu Ivy, Teeny, Tydee dan Zanee untuk menemani Cheek-e, sekaligus melengkapkan barisan maskot rasmi Astro Ceria.

Menggelarkan diri mereka Cheek-e’s Buddies, secara rasminya kelima-lima maskot tersebut diperkenalkan secara eksklusif di saluran Astro Ceria (saluran 611), semalam.

Pengurus Saluran Astro Ceria, Marissa Hanafi berkata menerusi pertandingan melukis ‘Cipta Kawan Cheek-e!’ yang diadakan pada bulan Mei lalu, mereka menerima lebih kurang 30,000 lukisan penyertaan hanya dalam tempoh dua minggu ia berlangsung. 

"Setiap penyertaan telah diadili oleh barisan juri profesional termasuklah selebriti Hanis Zalikha, bagi memilih empat lukisan penyertaan terbaik. 

"Menariknya, untuk mewujudkan suasana yang ceria, keempat-empat maskot terbaik yang dipilih memiliki perwatakkan yang berbeza dan karekter unik masing-masing.

"Kami yakin kepelbagaian watak yang ditampilkan oleh setiap maskot ini akan menarik perhatian penonton cilik Astro Ceria. 

"Dalam meraikan keunikan masing-masing, kelima-lima mereka berkongsi satu persamaan yang begitu ketara, iaitu Cheek-e’s Buddies ini gemar menari.
  
"Bertitik tolak dari situ, kami kini menganjurkan sebuah pertandingan tarian Jom Menari Bersama Cheek-e’s Buddies! untuk memberi peluang kepada adik-adik di luar sana mengenali dengan lebih dekat lagi Cheek-e dan empat sahabat baharunya," katanya kepada Astro Gempak.

Empat orang pencipta kawan-kawan Cheek-e merangkap pemenang tempat pertama pertandingan tersebut ialah Song Joe Han, 12, pelajar dari SJK (C) Kwang Hwa Sungai Nibong yang mencipta maskot Ivy dan Nurul Hannah Najihah Mohamad Kamal, 12, dari SK Taman Mutiara Rini (Kluster Kecemerlangan).

Semnetara, yang mencipta maskot Teeny, Lim Jing Xiang, 12, dari SJK (C) Kwang Hwa Sungai Nibong yang mencipta maskot Tydee dan Wan Mohamad Khairul Asyraf Wan Ahmad, 13, dari SMK Sultan Ibrahim Satu yang mencipta maskot Zanee.

Setiap daripada mereka membawa pulang hadiah utama, Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S-Pen 16GB LTE Original dan sijil penghargaan.

Susulan daripada pengenalan Cheek-e’s Buddies itu, kini di fasa kedua, pihak Astro Ceria akan menganjurkan pula sebuah pertandingan tarian, ‘Jom Menari Bersama Cheek-e’s Buddies!’ yang akan berlangsung mulai 3 hingga 31 Oktober 2017 dan terbuka buat semua rakyat Malaysia berumur 4 hingga  12 tahun. 

Sebuah video tarian Cheek-e’s Buddies akan dimuat naik di laman Youtube (‘Cheeke’) dan peserta perlu meniru gerak tari yang dipersembahkan oleh Cheek-e dan kawan-kawannya secara kreatif seterusnya memuat naik video tarian tersebut ke laman sosial Instagram beserta kata kunci #cheekesbuddies, @cheeke_my dan nama sekolah peserta. 

Tiga buah sekolah dengan jumlah video penyertaan terbanyak akan dikunjungi oleh maskot Cheek-e serta pelakon cilik Wafiy dan Erissa. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di laman sesawang www.cheek-e.com.

Must-Watch Video

Advertisement