Skip to main content

Budaya Popular

Gevariel Jogi Nama Anak Sulung Sammy Simorangkir

sammy1.jpg
Isteri penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir, Viviane Resmi telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Khamis.

Menerusi kemaskini akaun media sosial Instagramnya, bayi lelaki itu diberikan nama Gevariel Jogi Simorangkir.

“Terima kasih Tuhan .... Gevariel Jogi Simorangkir.

"Telah Tuhan tuntun lahir dengan sihat dan sempurna anugerah-Mu untuk hidupku!" tulis bekas vokalis Kerispatih itu.

Sammy dan Viviane telah berkahwin di Bali, Indonesia pada Julai 2017.

Foto: Instagram Sammy
 

Advertisement

Must-Watch Video