Skip to main content

Budaya Popular

Fasih Ke? Belajar Bahasa Melayu Dengan Kawan-Kawan Je – Alvin Chong

alvin-chong-fasih-bm.jpg
Pelakon drama bersiri Suri Hati Mr Pilot, Alvin Chong akui mengambil masa beberapa tahun untuk fasih berbahasa Melayu.
 
Menurut Alvin, dia tidak mengambil kelas khas sebaliknya hanya belajar bertutur melalui sahabat-sahabat.
 
“Saya dari Penang dan selepas tamat sekolah saya menyambung pengajian disebuah kolej di Kuala Lumpur.
 
“Pada waktu itu saya memang tidak reti nak cakap bahasa Melayu langsung. Jadi bila di kolej, pensyarah kerap memberikan saya kerja berkumpulan yang majoritinya terdiri daripada rakan-rakan berbangsa Melayu.
 
“Pada mulanya mereka hanya berbahasa Ingeris jika bertutur dengan saya tetapi saya tidak mahu ada perbezaan bahasa jadi saya suruh mereka cakap Melayu sahaja.
 
“Daripada situlah saya mula belajar dengan mereka dan saya ambil masa lebih kurang tiga ke empat tahun untuk fasih seperti ini.
 
“Sekarang nak kata fasih sangat itu tidaklah, masih ada lagi pelat-pelat tapi tak mengapa bila dah selalu bercakap lama-lama akan okay nanti,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Berbicara mengenai lakonan, Alvin memberitahu dia tidak pernah terbayang akan mendapat perhatian selepas lakonannya menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot dan 3 Gadis Manis berjaya menambat hati peminat.
 
“Memang saya ada rasa perbezaan, sekarang orang dah mula kenal saya dan secara jujurnya rasa macam tidak percaya pula.
 
“Saya juga bersyukur kerana peminat banyak memberikan sokongan dan memberikan komen-komen positif terhadap lakonan saya,” ujarnya.
 
Teks oleh: Mya Amri
 
 

Must-Watch Video

Advertisement