Skip to main content

Budaya Popular

"Dengan Anak Aku Jangan Cari Pasal" - Isteri Shukri Yahaya Naik Hantu

tya-befunky-collage.jpg
Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan berang dengan komen seorang pengguna laman Instagram yang tidak berpuas hati dengan gambar anak perempuannya, Aaira Ameena.

Pengguna tersebut meninggalkan komen negatif dengan  mempertikaikan banyak foto Aaira yang telah dimuat naik di akaun Instagramnya.

Merasakan tidak berpuas hati, Tya bertindak memberi 'pengajaran' terhadap individu tersebut menerusi Instagram Stories miliknya.







Dalam satu 'screenshot' perbualannya dengan netizen tersebut, dia mengaku berasa rimas dengan foto Aaira kerana tidak mengenali siapa anak kecil itu.



Namun begitu, komen terbabit telah dipadamkan oleh netizen tersebut beberapa jam lalu.

Advertisement

Must-Watch Video