Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 37, sedang merancang untuk menghasilkan single terbaru yang menonjolkan elemen yang berlainan berbanding lagu-lagunya sebelum ini.
Menurut Alyah, dia menyifatkan single tersebut sebagai 'new Alyah' kerana konsep lagu tersebut dibuat mengikut trend terbaru dalam industri muzik.
"Saya masih dalam perancangan untuk menghasilkan single terbaru ini, apa yang boleh saya katakan, saya akan bawa satu kelainan dalam lagu tersebut.
"Jika sebelum ini lagu saya agak mendayu-dayu, untuk lagu kali ini, ia akan kedengaran lebih moden dan segar namun genre balada masih dikekalkan, pendengar mungkin tidak menyangka lagu itu dinyanyikan oleh saya," ujarnya.
Alyah ditemui di acara Jelajah Suria Dikecohkan Oleh Team Pagi Suria bertempat di Aeon Bukit Raja, Klang pada petang semalam.
Single terbaru tersebut ditulis oleh Alyah sendiri dan dijangka akan menemui peminat pada tahun hadapan.