Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat bakal melancarkan album penuh awal tahun hadapan.
Sedang giat menyudahkan proses rakaman, album terbabit menampilkan kombinasi antara lagu pop dan balada.
"Alhamdulillah, semuanya dalam perancangan. Setakat ini album saya sudah 60 peratus siap.
"Tinggal beberapa lagu lagi masih belum dirakamkan dan saya bakal menyudahkan proses terbabit sebelum hujung tahun," kata Ayda.
Ayda ditemui ketika usai Persembahan Muzik Secara Langsung Di Latitude Paling Tinggi (38,000 kaki dari paras laut) oleh Malaysia Book Of Records semalam.
BACA: Ayda Jebat Lakar Rekod Setinggi 38,000 Kaki Dari Paras Laut
Dalam perkembangan lain, Ayda kini sedang giat menjalani penggambaran untuk drama bersiri terbaru, Cindai.
"Drama bersiri ini diterbitkan oleh JS Pictures dan diarahkan oleh Azman Yahya. Saya bergandingan dengan pelakon Syazuwan Hassan sebagai teraju utama.
"Istimewanya kali ini, watak yang saya bawakan sangat mencabar dah ia menarik untuk saya warnakan.
"Insya-Allah, ia akan muncul menemui peminat pada November akan datang. Single terbaru saya, Better Than You juga akan menjadi lagu tema drama bersiri ini," katanya lagi.