Skip to main content

Budaya Popular

Cetus Fenomena, Panggung Sesak... Tsunami Kak Limah Gegar Pawagam!

hkl11.jpg
Gelak tak berhenti dari awal ke akhir! Begitulah kata-kata netizen di laman sosial selepas menonton filem terbaru terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold, Hantu Kak Limah (HKL).
 

Baru sahaja membuka tayangan pada Khamis lalu, HKL melakar dua rekod yang tersendiri, bagaikan tsunami!

Pertama, HKL menjadi sebagai filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650,000 di hari pembukaan “sneak preview” pada 8 Ogos.

Kedua, HKL mengukir kejayaan berganda apabila kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama ianya ditayangkan kepada umum.

Kutipan tersebut sekaligus merekodkan HKL sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan.

Fenomena HKL tidak terhenti di situ! Pawagam penuh sesak dengan penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa yang membanjiri panggung untuk menonton HKL.



Filem francais komedi seram yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini menampilkan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.
 

Apa tunggu lagi, saksikan Hantu Kak Limah di 133 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei!

Teks: Kamaruddin Razal

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement