Penyanyi Shalma Eliana cuba mengelak untuk melakukan pembedahan selepas patah tulang kaki di bahagian tumit gara-gara terjatuh dari balkoni baru-baru ini.
Menurut Eliana, keputusan tersebut dibuat kerana masih belum bersedia untuk memasukkan besi ke dalam kakinya.
"Buat masa ini, saya sedang membiarkan tulang sembuh sendiri kerana saya mahu mengelak dari melakukan pembedahan. Perkembangannya baik, Alhamdulillah.
"Saya masih muda, tulang akan sembuh cepat. Saya tak bersedia nak memasukkan skrew ke dalam kaki. Tak nak ada komplikasi lain di masa akan datang," tulisnya menerusi ruangan Instagram Stories.
BACA: "Patah Tengah Tunggu Pembedahan .." - Shalma Eliana Masuk Hospital
Tambah penyanyi lagu Janji Terindah itu, dia turut memohon kepada peminatnya untuk berkongsi pengalaman sekiranya pernah melalui perkara yang sama sepertinya.
"Membiarkan tulang saya berkembang dengan cara semulajadi dengan mengambil suplemen serta meletakkan ais untuk menyokong proses terbabit.
"Siapa pernah patah tu, minta anda semua berkongsi pengalaman dan bagaimana anda mengurusnya, secara mental dan fizikal," tulisnya lagi.