Pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly meraikan sambutan hari lahirnya pada 18 September lalu.
Menyambut usia 48 tahun, Sheila terbang ke Jakarta, Indonesia untuk meraikan hari jadi bersama pengacara Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora yang turut menyambut ulang tahun.
Menariknya, tarikh hari lahir tiga selebriti ini berdekatan!
Maria menyambut hari lahir ke-49 pada 20 September manakala Shahora meraikan usia ke-45 pada 21 September.
Terbaru, menerusi kemas kini Instagram Sheila, pengacara rancangan Ketuk Ketuk Ramadan itu berkongsi foto ucapan dan hadiah hari lahir yang diberikan oleh anak sulungnya, Uzair Haqimy.
Sebak dan terharu dengan tindakan anaknya, Sheila turut mencoretkan rasa berterima kasih untuk hadiah dan ucapan yang diberikan.
"Bila ada yang menyedihkan pasti ada yang menggembirakan. Thank you ANAK @uzairhaqimy69 I’m touched beyond words. Love you too much son," tulis Sheila.
Di ruangan komen, rata-rata peminat turut terharu dan menyifatkan Sheila seorang ibu yang beruntung kerana mempunyai anak yang baik seperti Haqimy.
Pengikut laman Instagram Sheila turut mengambil peluang untuk mencoretkan ucapan hari lahir kepada penerbit produksi JS Pictures itu.
Untuk rekod, Sheila mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azman Haji Yahya atau Jinggo pada 1995.
Selain Haqimy, mereka turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Luth Mikhail.