Penyanyi Ayda Jebat mendedahkan dia menempuhi banyak halangan demi merealisasikan pembikinan dua muzik videonya, Mana Ada Hati dan Better Than You.
Mencecah bajet ratusan ribu, Ayda mahukan yang terbaik biarpun muzik video Mana Ada Hati lewat dikeluarkan.
"Single berjudul Mana Ada Hati sudah dilancarkan semenjak hari jadi saya pada Mac lalu. Sebenarnya, perancangan untuk merakam muzik video itu sudah lama ada tetapi ia sering tertangguh kerana beberapa halangan.
"Pada mulanya, saya dan pengurusan memilih lokasi sekitar Eropah untuk dijadikan destinasi penggambaran muzik video Mana Ada Hati.
"Atas beberapa kekangan, perancangan terbabit dibatalkan dan kami merancang untuk ke Sapporo, Jepun pula. Kali ini, kami mahu merakamkan dua muzik video sekaligus yang jalan ceritanya mempunyai kaitan.
"Tiba-tiba, Jepun dilanda taufan Hagibis dan bencana itu dijangka akan bergerak ke Sapporo. Enggan mengambil risiko, kami turut membatalkan perjalanan terbabit.
"Akhirnya, Filipina menjadi pilihan. Untuk merakam dua muzik video, belanjanya memang mahal, mencecah ratusan ribu ringgit tetapi Alhamdulillah, kami beruntung kerana ada beberapa pihak mahu berkolaborasi," katanya.
Ayda ditemui di majlis pelancaran muzik video Mana Ada Hati dan Better Than You di Tropicana, Damansara baru-baru ini.
Menerusi dua muzik video terbabit, Ayda bekerjasama dengan Rewan Ishak yang duduk di kerusi sutradara.
"Rewan pernah mengarahkan iklan Watsons yang menampilkan saya pada sambutan Hari Raya lalu. Ketika cadangan untuk memilih pengarah bagi muzik video ini dibuka, saya terus teringat dengan Rewan.
"Dia merupakan seorang pengarah yang berbakat dan saya beruntung kerana dapat bekerja dalam team produksi yang baik. Saya hanya mahukan kualiti yang terbaik demi peminat yang selama ini tak pernah penat menyokong. Saya berharap peminat dapat menerima dua muzik video ini," katanya lagi.
Muzik video Mana Ada Hati dan single Better Than You sudah mula dilancarkan pada 29 November lalu manakala muzik video Better Than You pula akan dilancarkan pada 6 Disember ini di laman YouTube.