Skip to main content

Budaya Popular

Bakal Bersalin 9 Mac, Nora Danish Sudah Buat Persiapan

nora-danish-prep-header_1.jpg
Pelakon Nora Danish mengakui sudah membuat persiapan menyambut kelahiran cahaya mata keduanya yang dijangka bersalin pada 9 Mac nanti.

Kata Nora, 36, dia dan suaminya, Nedim Nazri teruja untuk menyambut kehadiran anggota baharu dalam keluarga mereka.

"Persiapan sudah dibuat namun berpada-padalah, tidak berboros dan membeli mengikut keperluan sahaja.

"Saya dan Nedim sudah tidak sabar lagi menunggu kelahiran bayi sulung kami," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik miliknya, Oh Most Wanted di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nora bagaimanapun enggan mendedahkan jantina bayi yang sudah memasuki usia tujuh bulan itu.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tanggan pada 30 Mac 2017 dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Rizal Ashram, 9 tahun.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @noradanish

Must-Watch Video

Advertisement