Skip to main content

Budaya Popular

Awie Pilih Untuk Lakukan Aksi Sendiri!

awie-befunky-collage.jpg
Pelakon dan penyanyi rock Datuk Awie mengaku dia lebih suka melakukan aksi sendiri ketika melakukan penggambaran filem.

Namun begitu, hasratnya telah dihalang oleh pengarah kerana khuatir perkara tidak diingini akan berlaku.

"Saya sebenarnya lebih suka melakukan aksi sendiri seperti berlawan dan melompat dari paras yang tinggi.

"Namun, kebanyakannya pengarah yang berasa takut untuk membenarkan saya melakukan aksi tersebut.

"Jadi bagi menghormati keputusan tersebut, saya hanya melakukan aksi yang dibenarkan sahaja," katanya.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Operasi X yang diadakan di MM Cineplex e@Curve, baru-baru ini.

Filem Operasi X arahan Sandosh Kesavan ini menemui penonton di pawagam bermula 1 November ini.

Selain Awie, filem ini turut dibintangi oleh Datuk Yusuf Haslam, Datuk Aaron Aziz, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Gbob, Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah, Rafizah Shima dan Zaidi Omar.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Must-Watch Video

Advertisement