Skip to main content

Alif Satar Timang Cahaya Mata Keempat Pagi Syawal Kedua

Astro Gempak 305

Sekilas

  • Aliff Satar berkongsi berita gembira isteri beliau, Shadila Halid, selamat melahirkan anak keempat mereka pada pagi Hari Raya Aidilfitri kedua.
  • Aliff memuat naik foto anak sulungnya memangku bayi baru bersama dua lagi adik mereka dan turut menitipkan doa perlindungan untuk bayi tersebut.
  • Jantina dan nama bayi masih belum didedahkan, manakala Aliff dan Shadila telah berkahwin sejak 2014 dan mempunyai tiga anak sebelum ini.

Penyanyi dan pelakon Alif Satar berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka pada pagi Hari Raya Aidilfitri kedua.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 36, memaklumkan isterinya, Shadila Halid, selamat melahirkan bayi tersebut pada waktu subuh.

“Masya-Allah Tabarakallah. Alhamdulillah, Shad selamat melahirkan anak kami yang keempat waktu subuh tadi.

“Terima kasih atas doa dan ucapan kalian,” katanya.

Dalam hantaran sama, Alif turut berkongsi sekeping foto memaparkan anak sulungnya memangku bayi berkenaan bersama dua lagi adik mereka.

Selain itu, Alif juga menitipkan doa buat anak yang baru dilahirkan.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam,” ujarnya.

Bagaimanapun, Alif tidak mendedahkan jantina mahupun nama bayi tersebut setakat ini.

Untuk rekod, Alif mendirikan rumah tangga bersama Shadila pada 15 September 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 11, Ariana Mecca, 9, serta Muhammad Ali, 7 tahun.

 

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Must-Watch Video

Advertisement