Sekilas
- Pelakon Afiq Muiz dikatakan sudah bertunang dengan wanita pilihan hatinya, seperti yang dikongsi di Instagram.
- Mereka tampil sedondon dengan busana hijau pekat, namun wajah bakal isteri Afiq tidak didedahkan kerana ditutup dengan sejambak bunga.
- Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut, sementara Afiq belum memberi pengesahan rasmi.
Pelakon Afiq Muiz mencuri perhatian ramai selepas dipercayai sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Afiq memuat naik foto bersama bakal isterinya yang tampil sedondon mengenakan busana berwarna hijau pekat.
Bagaimanapun, wajah wanita tersebut tidak didedahkan apabila dia dilihat menutup mukanya menggunakan sejambak bunga tangan.
“Alhamdulillah, ok lock,” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja selain mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.
“Alhamdulillah, tahniah abang Afiq.
“Alhamdulillah, syukur. Tahniah
“Tahniah bang, semoga sampai ke syurga,” komen netizen.
Bagaimanapun, Gempak cuba menghubungi Afiq untuk mendapatkan pengesahan lanjut, namun masih belum menerima sebarang maklum balas sehingga artikel ini ditulis.
Sumber: Instagram