Skip to main content

Aaron Aziz Lapor Polis Isu Ugutan & Hinaan Di Media Sosial, Syak Orang Sama Guna Banyak Akaun Palsu - “Selalunya Padam Atau 'Block' Saja Tapi…”

bgff

Sekilas

  • Datuk Aaron Aziz telah membuat laporan polis berikutan ancaman dan hinaan daripada pengguna media sosial yang dipercayai menggunakan akaun palsu.
  • Aaron menasihatkan orang ramai supaya menjaga batasan ketika memberi komen di media sosial dan tidak keterlaluan.
  • Aaron bakal muncul dalam filem Black Ops, sebuah produksi rentas negara yang menampilkan barisan pelakon dan kreatif antarabangsa.

Pelakon Datuk Aaron Aziz memaklumkan kes melibatkan ancaman serta hinaan yang diterimanya daripada seorang pengguna media sosial kini telah dibawa ke pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Aaron, tindakan tersebut diambil kerana individu terbabit dipercayai menggunakan akaun palsu sekali gus menyukarkan proses pengesanan.

“Perkara itu dah jadi kes polis sebab memang susah nak dikesan. Mereka guna akaun palsu, jadi ia bukan satu benda yang mudah.

“Susah juga nak cari lokasi individu itu sebab dia tidak gunakan identiti sebenar,” katanya.

Aaron berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Black Ops di Wisma Ekran, pada Selasa. 

Dalam pada itu, pelakon berusia 49 tahun tersebut turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga batasan ketika meninggalkan komen di media sosial dan tidak keterlaluan.

“Kena ada had atau batasan untuk komen di media sosial. Jangan keterlaluan.

“Selalunya kalau komen yang mengarut, saya akan padam atau sekat saja pengguna tersebut. Komen yang ini kebetulan lalu,” jelasnya.

Tambah Aaron, penggunaan akaun palsu di media sosial juga menyukarkan keadaan kerana berkemungkinan individu sama menggunakan lebih daripada satu akaun.

“Media sosial ini kita tak tahu, mungkin orang yang sama komen tetapi dia ada banyak akaun,” katanya.

Menerusi perkembangan lain, Aaron bakal muncul dalam filem Black Ops, filem kerjasama rentas negara melibatkan produksi Malaysia seperti Skop Productions, Enotech, Astro Shaw, Komet Studios, Marvelous Culture & Film, dan GSC, bersama syarikat penerbitan tersohor Hong Kong, One Cool Films milik bintang terkenal Louis Koo.

Antara bintang yang menjayakan filem ini adalah, Sharnaaz Ahmad, Benjamin Yuen, Hisyam Hamid, Andy Teh, Fauzi Nawawi, Elizabeth Tan, Anding Indrawani, MK K-Clique, Raja Afiq,  Benjamin Tan dan ramai lagi.

Black Ops mengisahkan tentang seorang anggota pasukan Black Ops, Johan  didakwa dalam pembunuhan isterinya dan kehilangan anak perempuannya, dia terpaksa berpaling menentang pasukannya sendiri untuk mendedahkan konspirasi berkuasa serta menuntut kembali kehidupannya.

Dengan skala produksi yang luar biasa, barisan kreatif antarabangsa, serta kekuatan jalan cerita dan aksi yang dijanjikan, Black Ops bakal menjadi sebuah filem yang bakal dinantikan tahun ini. 

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must-Watch Video

Advertisement