Skip to main content

Selebriti

"Tiada Istilah Dapur Untuk Perempuan Sahaja" - Shaza Bae

Bakar isteri

Sekilas

  • Shaza Bae berkongsi bahawa dia membesar dalam keluarga yang semua ahli, lelaki dan perempuan, rajin ke dapur tanpa diskriminasi jantina.
  • Sejak umur 6 tahun, Shaza sudah terbiasa memasak kerana dapur bukan hanya untuk perempuan sahaja.
  • Hampir semua ahli keluarganya pandai memasak dan menganggap aktiviti memasak sebagai satu kebanggaan, bukan bebanan.

Pelakon, Shaza Bae berkongsi bahawa dirinya membesar di dalam sebuah keluarga yang rajin ke dapur tanpa mengira jantina.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Shaza atau nama penuhnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri berkata  bahawa dapur bukanlah tempat untuk perempuan sahaja, malah lelaki juga tidak terkecuali dalam menghasilkan makanan serta minuman.

"Saya membesar dalam rumah di mana kedua lelaki dan perempuan pergi ke dapur. 

"Umur 6 tahun dah masuk dapur. Tiada istilah dapur untuk perempuan sahaja. Tiada diskrminasi terhadap jantina,"tulisnya.

Dalam masa sama, Shaza mengakui bangga kerana hampir kesemua ahli keluarganya pandai memasak.

"Saya dengan bangganya boleh kata bahawa hampir kesemua ahli keluarga saya termasuk lelaki dan perempuan boleh memasak dan membakar dengan gembiranya di dapur. 

"Bagi kami, Ia bukanlah bebanan, sebaliknya sebuah kebanggaan," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement