Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Pak Azad Terkilan Ammara Jadi Mangsa Kecaman Netizen - “Sebagai Ayah Yang Melihat…”

Astrogempak Pak Azad

Sekilas

  • Azad Jasmin kecewa melihat anaknya, Ammara Sophie Rose, menerima kecaman negatif daripada netizen sepanjang penyertaannya dalam Talk To My Manager 2.
  • Azad menegaskan dia dan isteri tidak terkesan dengan komen negatif kerana sudah biasa menghadapi cabaran dan menolak desakan netizen supaya Ammara menyanyi lagu balada atau rock.
  • Azad mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati memberi komen di media sosial kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada remaja yang masih membesar.

Pelakon dan penyampai radio, Azad Jasmin mengakui tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila melihat anaknya, Ammara Sophie Rose, menjadi sasaran kecaman segelintir netizen sepanjang penyertaannya dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Menurut Azad atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Azad, dia sebagai seorang bapa, sudah tentu turut terluka apabila membaca komen-komen negatif yang ditujukan kepada anaknya.

“Sebagai ayah yang melihat sendiri isteri potong perut berkali-kali, saya menangis tengok cara dia beranak. Takkanlah orang kecam anak saya, saya tidak terasa?

“Tetapi bagi saya, kecaman ini sebenarnya menguatkan kami setiap hari. Ia tidak akan menggoyangkan saya dan isteri kerana kami sudah dilatih oleh arwah bapa untuk berdepan dengan pelbagai cabaran. Jadi saya tidak ada masalah,” katanya kepada Gempak.

Azad juga berkongsi ada individu yang meninggalkan komen yang agak melampau buat keluarganya selain mempertikai bakat anaknya yang baru berusia 13 tahun.

“Ada satu komen itu saya tengok, saya balas balik. Dia tulis ‘anak pun bangang, bapa pun bangang’. Itu bukan lagi level memberi nasihat, itu sudah melampau.

“Ada juga yang tuduh saya guna ‘kabel’ dan suruh anak saya menyanyi lagu balada. Saya ini bapa dan pengurus dia, saya lebih tahu apa kelebihan dan kekurangan dia.

“Saya tidak akan sekali-kali dengar cakap netizen yang paksa dia nyanyi balada atau rock,” ujarnya.

Pada masa sama, Azad mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika meninggalkan komen di media sosial kerana ia boleh memberi kesan kepada remaja yang masih membesar.

“Kadang-kadang ayat yang ditulis itu memberi contoh buruk kepada budak usia 13 tahun.

“Berhati-hatilah sebelum bercakap. Kita tidak tahu, mungkin benda yang sama akan terjadi kepada keluarga kalian satu hari nanti.

“Kepada mereka yang suka maki hamun di media sosial ini, ingat pesanan saya, kun fayakun, ia akan kembali semula kepada anda suatu hari nanti.

“Masa itu nanti, kalian mungkin akan mimpi muka saya, insya-Allah,” katanya lagi.

Terdahulu, Azad dan isterinya, Iera Syazira, tampil mempertahankan Ammara selepas remaja itu menerima pelbagai kecaman di media sosial, termasuk daripada individu yang secara terbuka berharap dia tersingkir daripada pertandingan TTMM2.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement