Skip to main content

Sukan

Bukan Sahaja Lincah Atas Padang, Ini 10 Pemain Paling Tampan Di Piala Dunia FIFA 2026

WhatsApp Image 2026 06 26 at 11.00.54 AM

Sekilas

  • Satu kajian menggunakan Golden Ratio telah mengenal pasti 10 pemain paling kacak Piala Dunia FIFA 2026 berdasarkan analisis saintifik.
  • Rodrigo De Paul dari Argentina menduduki tempat pertama, diikuti oleh Kai Havertz dan Endrick di tangga kedua dan ketiga.
  • Senarai ini termasuk pemain terkenal seperti Cristiano Ronaldo, Mohamed Salah, dan Son Heung-min yang turut mendapat pengiktirafan dari segi penampilan.


 

Setiap kali tirai Piala Dunia FIFA dibuka, bukan saja aksi hebat para pemain yang menjadi bualan, malah penampilan mereka turut meraih perhatian peminat di seluruh dunia.

 

Di media sosial, nama-nama pemain popular sering menjadi perbualan bukan hanya kerana kehebatan mereka bermain bola, tetapi juga kerana aura serta rupa paras yang pastinha membuatkan ramai peminat jatuh hati.

 

Terbaharu, satu kajian telah menggunakan kaedah Golden Ratio atau Nisbah Emas bagi mengenal pasti pemain Piala Dunia FIFA 2026 yang dianggap paling menarik dan tampan dari sudut saintifik.

 

Jadi, siapakah yang berjaya menambat hati sains? Berikut Gempak senarai 10 pemain paling kacak Piala Dunia FIFA 2026 yang telah disenaraikan menurut analisis tersebut.

 

10. Scott McTominay

 

Pemain tengah Scotland, Scott McTominay membuka senarai di kedudukan ke-10.

 

Dilahirkan pada 8 Disember 1996, McTominay mula mencipta nama bersama Manchester United sebelum berhijrah ke kelab Serie A, Napoli pada tahun 2024. Kehadirannya memberi impak besar apabila berjaya merangkul anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) liga pada musim pertamanya bersama pasukan itu.

 

9. Wout Weghorst

 

Penyerang Belanda, Wout Weghorst mungkin tidak menepati definisi tipikal jejaka ‘jambu’, namun imej maskulin serta susuk tubuhnya yang tinggi menjadikan dia memiliki daya tarikan tersendiri.

 

Namanya pernah menjadi perhatian dunia selepas meledak dua gol ketika Belanda berdepan Argentina dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2022.

 

8. Jonathan Tah

 

Bek tengah Jerman, Jonathan Tah turut berjaya menempatkan diri dalam senarai ini.

 

Anak kepada pasangan berdarah Ivory Coast dan Jerman itu mula menyerlah apabila dinobatkan sebagai pemain bawah 19 tahun terbaik Jerman pada tahun 2015 sebelum berkembang menjadi antara tonggak utama skuad kebangsaan.

 

7. Nick Woltemade

 

Di tangga ketujuh pula ialah pemain berketinggian 1.98 meter, Nick Woltemade.

 

Turut dikenali dengan gelaran “Big Nick” dan “The Tower of Stuttgart”, pemain serba boleh ini mampu beraksi sebagai penyerang mahupun pemain tengah menyerang. Kelebihan fizikal yang dimilikinya sering memberi masalah kepada pihak lawan.

 

6. Son Heung-min

 

Bintang Korea Selatan, Son Heung-min sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan peminat bola sepak.

 

Selain berbakat besar di atas padang, Son juga memiliki pengaruh luar biasa dalam kalangan peminat global. Malah, dia sering dianggap sebagai antara ikon bola sepak Asia paling berjaya sepanjang zaman.

 

5. Cristiano Ronaldo

 

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo berada di kedudukan kelima.

 

Walaupun sudah memasuki usia 41 tahun, Ronaldo masih mampu bersaing di pentas tertinggi bola sepak dunia. Selain pencapaiannya yang luar biasa, penampilan yang sentiasa terjaga menjadikan dirinya terus kekal sebagai antara figura sukan paling popular dan diminati ramai.

 

4. Mohamed Salah

 

Kapten Mesir, Mohamed Salah menduduki tangga keempat.

 

Dikenali dengan gelaran “Egyptian King”, Salah bukan sahaja disegani kerana prestasinya di atas padang, malah turut memiliki pengaruh besar di negaranya. Popularitinya pernah mencapai tahap luar biasa apabila namanya dilaporkan ditulis pada lebih sejuta kertas undi dalam pilihan raya presiden Mesir pada 2018.

 

3. Endrick

 

Penyerang muda sensasi Brazil, Endrick berada di tempat ketiga.

 

Bintang berusia 19 tahun itu mula mencuri perhatian sejak usia muda apabila video aksi dan gol-golnya tular di YouTube sebelum akhirnya berjaya menyertai akademi gergasi Sepanyol, Real Madrid.

 

2. Kai Havertz

 

Pemain Jerman, Kai Havertz pula menghuni tangga kedua.

 

Selain terkenal dengan bakatnya di atas padang, Havertz juga mempunyai sisi peribadi yang menarik. Dia gemar bermain piano, menghabiskan masa dengan permainan video serta meluangkan masa bersama haiwan peliharaannya.

 

1. Rodrigo De Paul

 

Mengungguli carta ialah pemain tengah Argentina, Rodrigo De Paul yang dinobatkan sebagai pemain paling kacak Piala Dunia FIFA 2026 berdasarkan analisis Golden Ratio.

 

Kini beraksi bersama Inter Miami, De Paul merupakan antara watak penting kejayaan Argentina di pentas antarabangsa sejak membuat debut pada tahun 2018. Hubungan rapatnya dengan Lionel Messi turut menjadi perhatian sehingga ramai peminat menggelarnya sebagai ‘bodyguard’ kepada kapten Argentina itu.

 

Apa pun, ketampanan bukan sesuatu yang boleh diukur sepenuhnya menerusi angka atau formula. Senarai ini hanyalah berdasarkan analisis saintifik yang menilai nisbah dan simetri wajah, manakala pilihan sebenar pastinya bergantung kepada citarasa masing-masing.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Liverpool FC 25/26 Home Jersey

adidas Liverpool FC 25/26 Home Jersey

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

FENTY x PUMA AVANTI LS Sneakers Unisex in Pale Plum/Alpine Snow, UK 5

FENTY x PUMA AVANTI LS Sneakers Unisex in Pale Plum/Alpine Snow, UK 5

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

Must Watch Video

Advertisement