Skip to main content

Hiburan

“The Beginning Of A Lifetime Love Story” - Adib Aidil Umum Perkahwinan

Astrogempak Adib Aidil

Sekilas

  • Adib Aidil, personaliti media sosial dan juruterbang, mengumumkan perkahwinannya dengan Dyra melalui Instagram Story.
  • Video momen perkahwinan mereka dikongsi dengan kapsyen "The beginning of a lifetime love story. Adib and Dyra."
  • Adib mula dikenali selepas video reaksinya menjual pisang goreng cheese menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.

Personaliti media sosial dan juruterbang, Adib Aidil melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya apabila mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Nadhirah Zaini.


Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Adib atau nama lengkapnya, Abdul Adib Aidil menerusi satu hantaran di Instagram Story pada Jumaat.


Menerusi perkongsian tersebut, Adib memuat naik video yang dipercayai memaparkan momen istimewa perkahwinan mereka.

“The beginning of a lifetime love story. Adib and Dyra,” tulisnya dalam video tersebut.

Pengurusnya, ketika dihubungi mengesahkan berita tersebut dan memaklumkan majlis itu diadakan secara kecil-kecilan. 

"Betul, tapi majlis hari ini hanya untuk keluarga terdekat sahaja," katanya ketika dihubungi Gempak. 

Terdahulu, nama Adib mula dikenali selepas tular video reaksinya “Biasa, biasa maksudnya” ketika menjual pisang goreng cheese kepada pelanggan.

Video itu turut mendapat perhatian ramai dan ramai yang mula membuat parodi.

Sumber: Instagram Story Adib Aidil

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement