Sekilas
- Datuk Seri Siti Nurhaliza meninggalkan komen lucu di Threads selepas seorang netizen mencadangkan dia bekerjasama dengan Mimifly dan Aisha Retno untuk koreografi dan susunan lagu.
- Netizen tersebut teruja dengan persembahan Anggerik dari Bintang Talk To My Manager 2 dan membayangkan jika Siti turut beraksi, ia pasti mengharukan.
- Siti menjelaskan dia sudah kurang berkemampuan untuk menari atas pentas kerana faktor usia yang sudah mencecah 50 tahun.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian selepas meninggalkan komen lucu pada sebuah hantaran netizen yang bercadang agar dirinya bekerjasama dengan penyanyi Mimifly dan Aisha Retno.
Menerusi Threads, individu tersebut meminta pelantun lagu Kesuma itu menghasilkan koreografi dan susunan lagu bersama kedua penyanyi muda itu.
Malah, dia masih belum berpuas hati selepas menyaksikan persembahan juara Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Anggerik, selain membayangkan jika Siti turut beraksi di pentas tersebut bersama penyanyi cilik berkenaan.
“Datuk siti boleh tak bekerjasama dengan Mimifly dan Aisha Retno untuk koreografer dan arrangement lagu.
“Masih goosebumps lihat persembahan anggerik hari itu. Saya masih belum puas. Kita bayangkan kalau Datuk Siti yang menyanyi dan menari confirm menangis,”ujarnya.
Mengulas mengenai hantaran tersebut, Siti berkata bahawa dia sudah kurang berkemampuan untuk menari di atas pentas memandangkan umurnya juga sudah semakin lanjut.
“Kongkangla saya menari. Yang kuban-kuban je dia minta ya. Acik dah masuk 50 tahun dik,”katanya.