Skip to main content

Selebriti

“Kami Nak Bertanding Cara Sihat, Tak Nak Ada Perbalahan…” - Adik Hussain Jamilulhayat Mohon Henti Budaya Bandingkan Artis

Hussain

Sekilas

  • Akier, adik kepada Hussain Jamilulhayat dari Talk To My Manager 2, mohon agar peminat tidak membandingkan atau menghina ahli keluarganya dengan artis lain.
  • Akier menegaskan keluarga mereka mahu bertanding secara sihat dan profesional dalam industri hiburan tanpa mencetuskan konflik.

     

Adik kepada bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Hussain Jamilulhayat iaitu Akier mohon berhenti membandingkan ahli keluarganya dengan mana-mana artis lain.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Akier berkata walaupun menyedari perkongsiannya mungkin menyinggung segelintir pihak namun dia merasakan perkara tersebut perlu disuarakan demi menjaga keharmonian sepanjang persaingan dalam dunia hiburan.

“Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin minta maaf kepada yang membaca threads ni mungkin akan menyinggung perasaan si pembaca.

“Saya minta jasa baik korang yang meminati Hussain dan abah saya (Jamilulhayat) meskipun artis lain, tolong jangan membanding-bandingkan atau menghina sesiapa pun.

“Sebab kami nak bertanding cara sihat tak nak ada perbalahan antara keluarga, diri sendiri ataupun peminat,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama juga, Akier menegaskan mereka keluarga mahu meneruskan perjalanan dalam industri hiburan secara profesional tanpa mencetuskan sebarang konflik yang tidak perlu.

“Biarlah kami bertanding dengan cara yang sihat di dalam dunia hiburan ini.

“Dan kepada peminat teruslah bertanding dengan cara menyokong,mengundi dengan cara yang sihat. Sekian dari saya yang mewakili pihak saya,” ujarnya.

Untuk info, pada malam final TTMM2, Anggrek dan Adira diumumkan sebagai juara manakala Hussain dan bapanya selaku pengurusnya, Jamilulhayat.

Datuk Seri Vida bersama Cik B di tempat ketiga, Datuk A. Aida bersama Azeva tidak pulang kosong apabila berada di tempat keempat manakala Safura dan anak lelakinya Kim Khairii sekadar berpuas hati di tangga kelima. 

TTMM2 The Grand Finale dikendalikan   Datuk Aznil Nawawi selaku pengacara selain barisan juri, Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal bersama juri jemputan, Datuk Syafinaz dan Hael Husaini.

Sumber: Threads @akier.jamilul

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement